lokasinya tak jauh pun dari rumah aku. dengan pemanduan berhemah mcm siang tadi, iaitu 80km/j menjadikan 30 minit untuk sampai. hehehehe
lama pulak aku terduduk kat tg balau td. ramai sangat orang. memang muka tembok je duduk sorang2 bawah pokok kelapa. dlm hati terdetik, dlm fikiran tercetus satu idea : kalaula buah kelapa ni jatuh (sambil mendongakkan kepala tengok buah kelapa) atas kepala aku....kalau meninggal ye ...kalau jadi mereng, woit mintak dijauhkan la.
dari pukul 11.30 aku sampai, sampailah kul 2.30..sampai berhujan. trm ksh hujan. kalau tak bisingla mak aku.
dari bawah pokok kelapa ke bawah pokok ape entah yg besar tuuuu...akhirnya ke atas batu aku duduk. sampai adik aku habis test td, sampai dia tanya ape aku buat. best je jawapan aku kan...tgk ombak cium pantai. hahahaha. ombak rinduuuulaaaa :(
ombak rindu pantai.
sbb tu ombak sentiasa datang kat pantai.
ombak tak sanggup nak berpisah dengan pantai.
sebab tu ombak sentiasa menghampiri pantai.
ombak tak sanggup biar pantai sendiri.
sebab tu ombak sentiasa temani pantai.
ombak tak sanggup tinggalkan pantai.
walaupun ombak kene pergi.
tapi ombak pasti datang lagi.
demi pantai.
ombak akan sentiasa jaga pantai.
ombak akan sentiasa sayang pantai.
ombak akan datang walau dengan apa cara.
demi pantai.
ombak rindu~~
kepada Yang Maha Pencipta ku bermohon
dengan rahmat-Nya ku meminta
janganla pisahkan ombak dan pantai
aku sentiasa mahu lihat ombak dan pantai itu
dengan caranya yang jelas
semoga pantai tak menjauh dari ombak
walau pantai terhakis
dek ombak sendiri
dek angin sebagai ujian
wahai pantai
lihatlah ombak
ombak rindu~~
No comments:
Post a Comment