assalam.
blog ni bagai hidup segan, mati tak mau. bermula dgn "di sini", beralih kpd "seorang cekja". kembali "di sini". bagai ombak di lautan. terumbang-ambing. sekadar tempat cetusan rasa. sekadar tempat bual bicara sendiri. apabila diambang getir, inilah wadah paling bermakna. utk diabadikan. utk seorang, utk dua orang, untuk tiga orang, untuk siapa sahaja yg singgah menatap bicara.
sebenarnya nak tunjuk 1 gambar. cuma gambar 1 kawasan lapang kat tepi padang sek. tp x da pulak gambar tu. tak apela yg penting gambarannya tak pernah luput drpd ingatan. kerana simboliknya kawasan itu memberi kesan yg besar dlm perjalanan hidup aku. kerana kesan itu, petang tadi aku kembali ke tempat tu. org yg bahagia waktu tu sebenarnya larang aku kembali ke situ. bimbangkan aku. dah lama aku tak ke sana. bukan jauh pun. 10 minit kalau jalan kaki. dgn JNA pun tak. sbb aku nk pegi lagi mcm mana aku pegi dulu. dgn motor kapcai abah. bezanya kali ni aku seorang. bezanya kali ni tanpa satay. bezanya kali ni tanpa 'layang-layang saiz 7'.
rindunya aku pada sejarah. walaupun sejarah spm aku 5C. eh tp subjek sejarah la satu-satunya a masa stpm. itu subjek. ini kenangan lama yg tak berapa lama la. betul2 setahun yg lepas. mcm anniversary la pulak kan.
memang besar kesannya. mewujudkan 'hari pengakuan'. step by step kita lalui. hinggalah hari ini. entah step ke berapa dlm perjalanan kita. sama2 tertawa. sama2 menangis. sama2 gembira. sama2 derita. hinggalah saat ini.
cuma mahu kamu bahagia. akanku cuba yg terbaik. namun pintaku. janganlah aku dilupa. ditolak tepi. dlm terduduknya aku, aku perlu menangis. aku jd prasangka. aku jd alpa. aku khilaf. kemudian, aku tersedar. aku kembali buat kamu gembira. namun aku masih berada pada tahap aku terduduk. bila2 masa segalanya muncul. tanpa sesiapa. kita sahaja. berlari bersama. membuatkan aku kaku. ku biar kamu bahagia. sayangnya aku padamu hanya supaya kamu bahagia dlm perjalanan hidupmu.
ko mohon doamu supaya diriku kuat. segalanya hanya akan kembali untuk kamu. ko mohon, leraikan ketakutanku. bantulah aku kerana tiada yg lain melainkan hanya untuk kebaikan kamu.
kamu ialah hidupku.
No comments:
Post a Comment