Monday, December 19, 2011

kisahnya aku setakat jam 6 petang ni

1. Plan asal dengan mak, hari ni nak ke JB. Nak g kilang apollo. Sajela nak survey jajan utk majlis nanti. Sekarang ni aku kene tabah. Aku tak boleh nak harapkan orang lain tolong aku. Walaupun dalam hati aku, Allah shj yg tahu. Betapa aku perlukan bantuan, sokongan. Sekarang ni aku kene kuatkan hati aku. Masa berjalan. Cepat ke lambat, masa tinggalkan aku sendirian. Sekarang ni aku kene mula fokus. Walaupun dalam hati aku, Allah shj yang tahu.

2. Tapi tak jadi pegi, agaknya sebab aku pun bangun lambat tadi. Aku ajak mak pegi kota pun mak tak nak. Tapi aku nak pegi jugak atas 1 shj sebab. 1 sebab inilah yg menjadi banyak sebab sekarang.

3. Selepas mandi tadi, on the spot aku terfikir nak ajak adik laki aku. Tanpa sebarang plan. Itu pun aku contact dia by TM. Kredit aku semua habis. DiGi pulak dah invalid gara2 lama tak top up. Dalam masa yg sama, aku fikir ok kot hari ni sebab adik aku pun ada clas sampai petang. So, agak2 adik habis clas dia, aku pun dah balik n bolehla spend time like usual.

4. Hari ni keluar tanpa inform sape2. Nak kol adik, dia tgh clas. Nak msj tak boleh sebab tak da kredit. Kol mr tunang guna TM. Tapi dia busy tgh pendaftaran student baru. Dalam purse ada RM5 je. Agaknya ada tak orang nak percaya cakap aku. Terus g kota, terus g maybank. Alhamdulillah dah gaji. Sebenarnya memang dah tau dah gaji. Malam tadi pun dah cek kt anm. Siap link kat adik aku punya slip gaji tu.

5. Perkara pertama yg aku buat lepas keluarkan gaji aku hari ni ialah aku terus pegi DiGi center. Aku nak tanya, sim aku ni tak boleh guna lagi ke. Sah memang invalid. Terus aku beli no baru. DiGi easy prepaid. Alang2 tu top up no maxis aku skali la. Then, barula dapat inform kt adik. Itu ini begitu begini. Aku memang suka report kat adik aku ape2 hal pun. Kenapa? Itulah 'jantung' aku yg 'sihat'. :)

6. Kemudian, aku pegi BSN. Tujuan simpan duit utk insurance + road tax kereta yg berjumlah RM14xx something bulan 7 2012. Wow! Bajet kene cukup ni. Bulan 7 tu nanti, bukan setakat birthday aku je tapi merangkap birthday adik aku. Hah! Memang terbaik la sebab skali dengan birthday our JNA8096 :)

7. Bila aku tengok buku simpanan aku, mcm tak percaya....setakat tu je aku baru simpan??? :( "masak"la aku mcm ni....ape taknya, contohnya kalau bulan tu aku servis kereta, aku dah tak saving. Silap hb mcm bulan lepas, servis tak saving pun tak...cekja oh cekja!!! bulan ni pulak, patutnya aku dah kene servis lagi ni..km aku pun dah lebih dari yg sepatutnya. Mcm nila bila ada transport sendiri. Whatever, aku sayang giler kt JNA aku tu :)

8. Then, g mkn McD. Sebenarnya teringin nak makan prosperity. Tapi, aku teringat adik lagi. Aku order ayam goreng spicy. Lain kali la makan prosperity bile keluar dengan adik.

9. Sementara tunggu orang siap solat zohor, aku g la merayap kat kedai kain. Tengok2 kain batik n kain pelikat. Survey harga kot2 boleh dapat murah. Sajela tengok2. Terpandang pulak blaus cantik. Agakla berkenan. Tapi nanti jela beli bile keluar dengana dik. Aku tak pandaila nak beli sendiri.

10. Kipmart jadi hala tuju seterusnya. Kipmart tu dah jadi mcm tempat wajib pegi. hahaha. Tengok2 lagi blaus. Tapi, ala tak payahla. Jalan2 je. Masuk kedai jam. Saje survey utk hantaran mr tunang. Aha! ada yg terkenan la. Harga pun ok. Maklumla tgh sale kan. hihihi. Tapi, nanti jela beli dgn adik. Aku nak adik yg pilih. Aku tak kire! Kecuali adik aku tak nak pilih..werkkk :p Tengok2 jam Elle. Adik, ada yg lagi cantik la. Aishhhhh!!! Aku belikan mak minyak gamat n minyak kapak. Beli samosa daging. Hari tu beli samosa ayam. sedap! Mak suka, so aku beli lagi tapi try isi yang lain. Aku tengok2 karipap. Tapi aku tak ingat jenama apa yg sedap. Adik pernah tunjuk, tapi aku tak ingat.

11. Then, masuk bandar balik sebab nak pegi Watson. Gunala kad Watson aku yg dah lama tak aku gunakan tu. Lalu depan kedai 1 Stop Superstote, lalu depan Farmasi. Tiba2 teringat, semua kedai tu aku ada kad die. Tapi, Jusco n Tesco boleh pulak aku takda.Agaknya sebab aku rasa selamat la slalu masuk Jusco pun dgn adik, guna kad adik jela. hahahaha. Aku pun bukan slalu g Jusco. Dulu aku mmg tak suka sgt g Jusco sbb aku rasa brg mahal2. Tapi tak la jugak. Pandai2la nak yg mcm mana.

12. Nak makan cendol tapi takda. Cendol mamak. hihihi. Ermmm terbayang-bayang cendol yg sedap yg kt simpang renggam tu dik. Nanti nak ajak adik belila. Boleh makan on the way g melaka. Sedap wooooo :) Eh, aku ni dah mcm bercakap dengan adik aku je pulak....gilo apo??? :p

13. Balik2...singgah tengok baby jap...sempat lagi aku berangan nak bg anak buah yg comel kat adik aku.

14. Alhamdulillah. inilah terapi aku atas apa yg berlaku sebentar tadi. Coretan yg aku sendiri aje yg tau. Aku teruskan lagi bersama masa yg ada. Aku nak pot pet dgn mak. Tadi aku terdiam lagi. Bile mak tanya, aku kata ngantuk. Aku sayang mak. Sayang abah. Aku sayang adik.

No comments: