Monday, December 26, 2011

peristiwa-peristiwa penting kebelakangan ini

dua puluh empat disember tahun ini :

~~ abah melaksanakan niatnya buat kenduri doa selamat untuk anak2 buah aku yg 3 orang kerana selamat berkhatan =). abah kata, utk aku jugak sebab dah kerja tetap. alhamdulillah. jugak tahlil utk arwah2 abang, atuk n nenek aku.

~~ semoga semua orang selamat, tercapai impian, dapat segala yg terbaik .

~~ dan yg paling penting, hari ini merupakan 'hari pengakuan' aku tentang satu perkara. perkara yg menjadi 'hidup mati' aku.

dua puluh lima disember tahun ini :

~~ melunaskan janji.

dua puluh enam disember tahun ini :

~~ melangkah bersama janji. melangkah bersama harapan. melangkah bersama iltizam.

~~ shopping dengan adik. beli barang2 hantaran. dapat untuk 3 dulang. terima kasih adik!

~~ menutup tirai hari dengan 'lihatlah esok jika aku masih bernyawa'

dua puluh tujuh disember tahun ini :

~~ bagaikan budak belajar bertatih~~

~~ hari ni, genap 6 bulan aku kerja.
alhamdulillah.
dapat bagi mak abah, family, rasa hasil titik peluh aku.
juga untuk adik.
untuk mr tunang.
semuanya tak seberapa.
cuma mahu insan2 tersayang, rasa gembira.
cuma mahu terselit nilaian terhebat buat mereka.
untuk aku, beginilah aku.
tak perlu lebih bg aku.
mereka tersenyum, itulah yg indah.
cukuplah insan tersayang tak berpaling.
hidup matiku.

`` setakat jam 14:17 ``

Friday, December 23, 2011

selipar saya

~~ tersenyum-senyum aku tanda berpuas hati sebab dapat betulkan selipar manik. milik aku pemberian adik. terima kasih adik. akhirnya, akk jumpa jugak tempat jahit kasut td. syukur sgt. ~~

~~ Aku tanya pakcik tu, dah berapa lama pakcik buka kedai kat sini? (kedainya kat area medan selera Kota, kat kedai2 lama tu). Aku teringat, dulu pakcik tu jahit kasut kat kaki lima je. Sekarang dah buka kedai. Pakcik tu cakap, "dah dua tahun dik" "maknanya dah dua tahun la adik tak pernah betulkan kasut ye? rosak, buang?". Aku jawab, "tak jugak pakcik. Rosak, simpan" Sambil tersengih-sengih. Sambil aku ingat2 balik, berapa ajela kasut ngan selipar aku. Aku bukan kaki tukar barang2 aku pun. Aku cakap lagi, "Selipar ni mungkin harganya tak semahal mana pakcik, tapi tinggi sangat nilainya pada saya." Entah macam mana aku boleh selamber je cakap mcm tu. Tulus dari hati aku. Mungkin sebab ke mana pun aku melangkah, orang yg bagi aku selipar tu sentiasa ada dlm jiwa dan ingatan aku. ~~

~~ teringat balik kata-kata pakcik yg betulkan kasut petang td. sambil kami berbual-buak dengan 2 orang lagi pelanggan lain (pelanggan ke? entahla. layan je. terhibur la jugak). pakcik tu cakap, "adik ni seorang pendidik ni...ye dik?". aku sengih-sengih je. salah sorang laki tu saje je iyekan cakap pakcik tu, "yela ni, kalau kerja lain lain caranya". Nampak sgt ke aku cikgu? Aku pun iyekan jela. Bukan ada faedah pun nak menipu. Hahahaha. Sambil aku menyerahkan duit upah kepada pakcik tu, aku ulang balik kata2 aku sebelum ni, "tinggi nilainya ni pakcik, terima kasih ye." Sebab selipar aku pun siap berjahit, aku pun beredarla dari kedai pakcik tu dengan perasaan yang sangat lapang.~~

Thursday, December 22, 2011

nasi goreng udang

semalam mak bekalkan aku nasi goreng udang
aku balik ke sek sbb keputusan pmr keluar
aku stay kat sek sebab setelkan paper work
sampaila ke hari ni
aku kene jugak setelkan hari ni
sebab aku ada matlamat
utk 'kita'
waima, kau sudi atau tak
aku akan teruskan matlamat itu
selagi 'kita' punya masa
selagi 'kita' punya hayat
selagi 'kita' punya rasa
selagi 'kita' telus

semalam mak bekalkan aku nasi goreng udang
terkulat-kulat aku makan
mcm biasala tak habis
terasa perut menolak balik
tak tertelan aku
walaupun banyak lagi
aku cuma makan udang
dlm hati aku berkata sendiri
kalaula kau ada
kalaula kau tau
udang dalam nasi goreng itu
bisa menitikkan air mata aku

semalam mak bekalkan aku nasi goreng udang
sampai ke malam aku tak jamah lagi
tak sanggup rasanya
hilang semua yg aku rasa
aku meneruskan hidup aku
tanpa harapan
bersama selimut ketakutan
tidurku dalam bayang-bayang
jagaku bersama kejutan

Wednesday, December 21, 2011

manisnya isi ketam

makan hari ni berlaukkan ketam
masak lomak cili api
woooo memang sodap deh
pagi-pagi mak dah masak
dekat senja baru aku makan

mengenangkan air tangan mak
mengenangkan susah payah mak
mengenangkan kesungguhan mak
mengenangkan raut wajah mak
aku makan
untuk emak
juga untuk abah

masak lemak ketam
mengingatkan aku
pada seraut wajah
kegembiraannya bersamaku
suatu waktu dulu
keletahnya mencuit jiwa
bahagia hatinya kurasa

masak lemak ketam
isinya yang manis
semanis rasa
terhapus duka
dalam jagaku
dalam tidurku
bersama manisnya

masak lemak ketam
sarat hatiku dengan manisnya
sarat fikirku dengan tulusnya
hidupnya aku
hanya bersama kenangan
manisnya isi ketam

Tuesday, December 20, 2011

ku cari damai di hati




Lagu tu tajuknya "ku cari damai di hati" oleh Gingerbread. Rasanya tak pernah dengar lagu tu. Semalam masa otw balik dari Kota dengan mak, terdengar pulak kat siaran radio mane entah. Terlupe! Kalo tak sinar, suria fm. Entah apa yg terkena, tapi terlekat di hati jugakla lagu tu. Sedap didengar. Mudah dimengerti.

Semalam jalan2 dengan mak seharian kat Kota. Shopping! G kedai bunga. G kedai baju. G kedai kasut. G kedai barang plastik. G kedai runcit. G kipmart. Tapi dalam banyak2 tempat tu, aku paling suka 2 tempat. 1, g kedai kasut Hoover. Sebab sepasang sandel sedap dipakai utk mak :) 2, g kedai baju. Sebab 2 pasang blaus utk aku dan adik =) sebenarnya aku mmg sgt tak yakin bab2 beli baju ni. Sebab selalu sgt org tak suka pilihan aku. Kali ni aku nekad jela. Sajela nk bg adik sempena dpt bonus kan. Tak harap adik suka. Kalau adik suka, kredit utk aku la. hehehe.

Setiap hari aku belajar.
Setiap hari aku berusaha.
Supaya aku tak tergolong dalam kalangan orang yg melukakan perasaan org lain.
Setiap hari aku menerima.
Setiap hari aku menolak.
Supaya jantung aku terus sihat.

Aku masih aku.
Aku berubah wajah.
Aku merubah rasa.
Aku merubah fikiku.
Aku cuma mahu satu perkara.

Monday, December 19, 2011

kisahnya aku setakat jam 6 petang ni

1. Plan asal dengan mak, hari ni nak ke JB. Nak g kilang apollo. Sajela nak survey jajan utk majlis nanti. Sekarang ni aku kene tabah. Aku tak boleh nak harapkan orang lain tolong aku. Walaupun dalam hati aku, Allah shj yg tahu. Betapa aku perlukan bantuan, sokongan. Sekarang ni aku kene kuatkan hati aku. Masa berjalan. Cepat ke lambat, masa tinggalkan aku sendirian. Sekarang ni aku kene mula fokus. Walaupun dalam hati aku, Allah shj yang tahu.

2. Tapi tak jadi pegi, agaknya sebab aku pun bangun lambat tadi. Aku ajak mak pegi kota pun mak tak nak. Tapi aku nak pegi jugak atas 1 shj sebab. 1 sebab inilah yg menjadi banyak sebab sekarang.

3. Selepas mandi tadi, on the spot aku terfikir nak ajak adik laki aku. Tanpa sebarang plan. Itu pun aku contact dia by TM. Kredit aku semua habis. DiGi pulak dah invalid gara2 lama tak top up. Dalam masa yg sama, aku fikir ok kot hari ni sebab adik aku pun ada clas sampai petang. So, agak2 adik habis clas dia, aku pun dah balik n bolehla spend time like usual.

4. Hari ni keluar tanpa inform sape2. Nak kol adik, dia tgh clas. Nak msj tak boleh sebab tak da kredit. Kol mr tunang guna TM. Tapi dia busy tgh pendaftaran student baru. Dalam purse ada RM5 je. Agaknya ada tak orang nak percaya cakap aku. Terus g kota, terus g maybank. Alhamdulillah dah gaji. Sebenarnya memang dah tau dah gaji. Malam tadi pun dah cek kt anm. Siap link kat adik aku punya slip gaji tu.

5. Perkara pertama yg aku buat lepas keluarkan gaji aku hari ni ialah aku terus pegi DiGi center. Aku nak tanya, sim aku ni tak boleh guna lagi ke. Sah memang invalid. Terus aku beli no baru. DiGi easy prepaid. Alang2 tu top up no maxis aku skali la. Then, barula dapat inform kt adik. Itu ini begitu begini. Aku memang suka report kat adik aku ape2 hal pun. Kenapa? Itulah 'jantung' aku yg 'sihat'. :)

6. Kemudian, aku pegi BSN. Tujuan simpan duit utk insurance + road tax kereta yg berjumlah RM14xx something bulan 7 2012. Wow! Bajet kene cukup ni. Bulan 7 tu nanti, bukan setakat birthday aku je tapi merangkap birthday adik aku. Hah! Memang terbaik la sebab skali dengan birthday our JNA8096 :)

7. Bila aku tengok buku simpanan aku, mcm tak percaya....setakat tu je aku baru simpan??? :( "masak"la aku mcm ni....ape taknya, contohnya kalau bulan tu aku servis kereta, aku dah tak saving. Silap hb mcm bulan lepas, servis tak saving pun tak...cekja oh cekja!!! bulan ni pulak, patutnya aku dah kene servis lagi ni..km aku pun dah lebih dari yg sepatutnya. Mcm nila bila ada transport sendiri. Whatever, aku sayang giler kt JNA aku tu :)

8. Then, g mkn McD. Sebenarnya teringin nak makan prosperity. Tapi, aku teringat adik lagi. Aku order ayam goreng spicy. Lain kali la makan prosperity bile keluar dengan adik.

9. Sementara tunggu orang siap solat zohor, aku g la merayap kat kedai kain. Tengok2 kain batik n kain pelikat. Survey harga kot2 boleh dapat murah. Sajela tengok2. Terpandang pulak blaus cantik. Agakla berkenan. Tapi nanti jela beli bile keluar dengana dik. Aku tak pandaila nak beli sendiri.

10. Kipmart jadi hala tuju seterusnya. Kipmart tu dah jadi mcm tempat wajib pegi. hahaha. Tengok2 lagi blaus. Tapi, ala tak payahla. Jalan2 je. Masuk kedai jam. Saje survey utk hantaran mr tunang. Aha! ada yg terkenan la. Harga pun ok. Maklumla tgh sale kan. hihihi. Tapi, nanti jela beli dgn adik. Aku nak adik yg pilih. Aku tak kire! Kecuali adik aku tak nak pilih..werkkk :p Tengok2 jam Elle. Adik, ada yg lagi cantik la. Aishhhhh!!! Aku belikan mak minyak gamat n minyak kapak. Beli samosa daging. Hari tu beli samosa ayam. sedap! Mak suka, so aku beli lagi tapi try isi yang lain. Aku tengok2 karipap. Tapi aku tak ingat jenama apa yg sedap. Adik pernah tunjuk, tapi aku tak ingat.

11. Then, masuk bandar balik sebab nak pegi Watson. Gunala kad Watson aku yg dah lama tak aku gunakan tu. Lalu depan kedai 1 Stop Superstote, lalu depan Farmasi. Tiba2 teringat, semua kedai tu aku ada kad die. Tapi, Jusco n Tesco boleh pulak aku takda.Agaknya sebab aku rasa selamat la slalu masuk Jusco pun dgn adik, guna kad adik jela. hahahaha. Aku pun bukan slalu g Jusco. Dulu aku mmg tak suka sgt g Jusco sbb aku rasa brg mahal2. Tapi tak la jugak. Pandai2la nak yg mcm mana.

12. Nak makan cendol tapi takda. Cendol mamak. hihihi. Ermmm terbayang-bayang cendol yg sedap yg kt simpang renggam tu dik. Nanti nak ajak adik belila. Boleh makan on the way g melaka. Sedap wooooo :) Eh, aku ni dah mcm bercakap dengan adik aku je pulak....gilo apo??? :p

13. Balik2...singgah tengok baby jap...sempat lagi aku berangan nak bg anak buah yg comel kat adik aku.

14. Alhamdulillah. inilah terapi aku atas apa yg berlaku sebentar tadi. Coretan yg aku sendiri aje yg tau. Aku teruskan lagi bersama masa yg ada. Aku nak pot pet dgn mak. Tadi aku terdiam lagi. Bile mak tanya, aku kata ngantuk. Aku sayang mak. Sayang abah. Aku sayang adik.

Sunday, December 18, 2011

tg balau

lokasinya tak jauh pun dari rumah aku. dengan pemanduan berhemah mcm siang tadi, iaitu 80km/j menjadikan 30 minit untuk sampai. hehehehe

lama pulak aku terduduk kat tg balau td. ramai sangat orang. memang muka tembok je duduk sorang2 bawah pokok kelapa. dlm hati terdetik, dlm fikiran tercetus satu idea : kalaula buah kelapa ni jatuh (sambil mendongakkan kepala tengok buah kelapa) atas kepala aku....kalau meninggal ye ...kalau jadi mereng, woit mintak dijauhkan la.

dari pukul 11.30 aku sampai, sampailah kul 2.30..sampai berhujan. trm ksh hujan. kalau tak bisingla mak aku.

dari bawah pokok kelapa ke bawah pokok ape entah yg besar tuuuu...akhirnya ke atas batu aku duduk. sampai adik aku habis test td, sampai dia tanya ape aku buat. best je jawapan aku kan...tgk ombak cium pantai. hahahaha. ombak rinduuuulaaaa :(

ombak rindu pantai.
sbb tu ombak sentiasa datang kat pantai.
ombak tak sanggup nak berpisah dengan pantai.
sebab tu ombak sentiasa menghampiri pantai.
ombak tak sanggup biar pantai sendiri.
sebab tu ombak sentiasa temani pantai.
ombak tak sanggup tinggalkan pantai.
walaupun ombak kene pergi.
tapi ombak pasti datang lagi.
demi pantai.
ombak akan sentiasa jaga pantai.
ombak akan sentiasa sayang pantai.
ombak akan datang walau dengan apa cara.
demi pantai.
ombak rindu~~

kepada Yang Maha Pencipta ku bermohon
dengan rahmat-Nya ku meminta
janganla pisahkan ombak dan pantai
aku sentiasa mahu lihat ombak dan pantai itu
dengan caranya yang jelas
semoga pantai tak menjauh dari ombak
walau pantai terhakis
dek ombak sendiri
dek angin sebagai ujian
wahai pantai
lihatlah ombak
ombak rindu~~

Saturday, December 17, 2011

oh mi kari





semalam masa aku keluar cari 'jalan', rupa2nya mak masak mi kari. balik tu aku bawa rojak asma. mak makan sikit. aku tengok je mak makan. abah tak nak makan sebab batuk. mak suruh makan mi kari, tp aku tak nak. malam pun, adik suruh aku makan mi kari tu. tp aku masih tak nak. aku takut sangat nak makan. cuma 1 sebab. then, pagi tadi mak cakap mi kari dah basi. ohhhhhhhhh!!!! menangis dlm hati la aku. termenung aku tengok mi kari tu. tolak punya tolak, mi kari pun 'buang' aku :(

'jantung' yang 'sihat'

semalam
untuk 'jantung' yang 'sihat'
aku berusaha lebih
dengan metod lain
aku bergerak
aku berganjak
dengan hanya satu hasrat
dengan hanya satu sebab
'jantung'ku 'sihat'la :(

amannya
setelah beberapa fasa

namun,
seketika lalu 'jantung'ku
kembali berdegup kencang
ku sembamkan rasa
supaya 'jantung'ku 'sihat'

Thursday, December 15, 2011

bile mak cakap..

aku tau mak tau
aku tau mak dapat rasa
aku tau mak mesti terasa jugak
berdosanya aku pada mak
kalaula tiba-tiba aku tak ada
harap ada siapa2 boleh sampaikan pada mak
"iti sayang sangat mak :( "
"mak, maafkan iti...ampunkan iti"
"iti tak sengaja diam mcm ni"
"mak.....iti rinduuuuu sgt.....~~"

hari ni mak sebut lagi,
mak nk makan mi kari
alahai mak...kenapa mi kari :(
kali ni untuk mak,
nanti iti buat ye mak

tadi mak tanya,
kenapa ni? pucat je..mcm org sakit
"ala mak ni..ada2 je"
"mak nk kirim ape2 tak, nk kuar ni"
larila sejauh yg mungkin
tak sanggup nk dgr soalan2 mak
rasa mcm nak peluk mak
nak nangis semahunya aku
dlm dakapan mak

~~

Wednesday, December 14, 2011

"ombak rindu"




hari ni pertama kali aku menghayati lagu ost ombak rindu. pertama kali setelah dua minggu ditayangkan kat pawagam. pertama kali aku download dari youtube, 4shared. pertama kali air mata aku gugur kerana ombak rindu. kalau org lain dah lali. aku baru berani nak hayatinya. kerana, bg aku aku....nak dijadikan cerita, secara kebetulannya...semuanya pada masa yg sama ombak rindu hangat diperkatakan. bukan salah ombak rindu. ombak rindu hanya kisah yg seiring dgn kisah hati aku. bukan aku tak suka ombak rindu. tp aku masih menanti seseorang akan 'pimpin' tangan aku utk saksikan ombak rindu. janji aku takkan ada ombak rindu selain dengannya. _ombak rindu_

buang tabiat

tiba2 pagi tadi aku boleh borak2 dgn mak cerita pasal persediaan nak kawin. itu ini begitu begini. tp dlm hati aku berkata, aku ni dah kenapa? aku kalau tiba2 mmg sah something wrong somewhere. tp cuma story2 ajela. lekat di kepala, hambar di hati. aku cuma nak borak2 dgn mak je. ambil hati mak. kelatnya rasa. Allah Yang Maha Mengetahui.

then, siap masak2 dgn mak. mcmnya aku ni chef. tunjuk2 je. mak yg masak. hahaha. tgh2 masak, mr tunang kol. aku boleh gelak kuat2 mcm nk roboh rumah. tp dlm hati aku, istighfar jela. dulu mr tunang selalu ckp "robohla rumah"....statement tu dia tujukan khas kat adik aku. sbb adik aku suka ketawa. adik aku yg buat aku selalu gembira. tp mr tunang pun dah tak cakap mcm tu lg.

aku tgh p-k ni, aku nk buat mcm mana ye. aku dah cuba sedaya upaya aku. buat mcm biasa. tp aku faham dan sedar. mcm mana statement yg dah didelete. keadaan dah berubah. aku mmg tak suka disuap dgn statement tu. sbb dulu pun ada org ckp perkara yg sama. hakikatnya mmg iye. perubahan tu sedang aku serap masuk ke segenap jiwa raga aku.

terasa 'jauh'....aku sentiasa mahu redhakan bukan setakat relakan. aku sayang sangat kamu. bersama air mata yg gugur ke dasar hati~~

mencari penawar

redhakah aku?

sedaya upaya aku

relakan segenap hatiku

kamu dan aku

girang seperti dulu

biarpun keadaan itu

segalanya telah berlalu

jauh dari waktu

jantungku

pandanglah aku

dari segenap mata hatimu

lihatlah mataku

sirnanya ada kamu

genggam erat jemariku

bantu aku

Tuesday, December 13, 2011

misteri hati

assalam.

blog ni bagai hidup segan, mati tak mau. bermula dgn "di sini", beralih kpd "seorang cekja". kembali "di sini". bagai ombak di lautan. terumbang-ambing. sekadar tempat cetusan rasa. sekadar tempat bual bicara sendiri. apabila diambang getir, inilah wadah paling bermakna. utk diabadikan. utk seorang, utk dua orang, untuk tiga orang, untuk siapa sahaja yg singgah menatap bicara.

sebenarnya nak tunjuk 1 gambar. cuma gambar 1 kawasan lapang kat tepi padang sek. tp x da pulak gambar tu. tak apela yg penting gambarannya tak pernah luput drpd ingatan. kerana simboliknya kawasan itu memberi kesan yg besar dlm perjalanan hidup aku. kerana kesan itu, petang tadi aku kembali ke tempat tu. org yg bahagia waktu tu sebenarnya larang aku kembali ke situ. bimbangkan aku. dah lama aku tak ke sana. bukan jauh pun. 10 minit kalau jalan kaki. dgn JNA pun tak. sbb aku nk pegi lagi mcm mana aku pegi dulu. dgn motor kapcai abah. bezanya kali ni aku seorang. bezanya kali ni tanpa satay. bezanya kali ni tanpa 'layang-layang saiz 7'.

rindunya aku pada sejarah. walaupun sejarah spm aku 5C. eh tp subjek sejarah la satu-satunya a masa stpm. itu subjek. ini kenangan lama yg tak berapa lama la. betul2 setahun yg lepas. mcm anniversary la pulak kan.

memang besar kesannya. mewujudkan 'hari pengakuan'. step by step kita lalui. hinggalah hari ini. entah step ke berapa dlm perjalanan kita. sama2 tertawa. sama2 menangis. sama2 gembira. sama2 derita. hinggalah saat ini.

cuma mahu kamu bahagia. akanku cuba yg terbaik. namun pintaku. janganlah aku dilupa. ditolak tepi. dlm terduduknya aku, aku perlu menangis. aku jd prasangka. aku jd alpa. aku khilaf. kemudian, aku tersedar. aku kembali buat kamu gembira. namun aku masih berada pada tahap aku terduduk. bila2 masa segalanya muncul. tanpa sesiapa. kita sahaja. berlari bersama. membuatkan aku kaku. ku biar kamu bahagia. sayangnya aku padamu hanya supaya kamu bahagia dlm perjalanan hidupmu.

ko mohon doamu supaya diriku kuat. segalanya hanya akan kembali untuk kamu. ko mohon, leraikan ketakutanku. bantulah aku kerana tiada yg lain melainkan hanya untuk kebaikan kamu.

kamu ialah hidupku.

Monday, December 12, 2011

untuk mr tunang

mr tunang
terima kasih daripada saya
jujur daripada saya
seikhlas hati saya
terima kasih bersama saya

mr tunang
maaf daripada hati saya
sedu sedan saya
maaf bagini jadinya saya

mr tunang
kata hati saya
doakan saya
tetap teguh utk kecintaan hati saya

untuk adik saya

adik saya
namanya kesayangan saya
namanya kecintaan hati saya
namanya buah hati saya
namanya bintang saya
namanya jantung saya
namanya nadi saya
namanya hati saya
namanya aliran darah saya
namanya segala-galanya bagi saya

adik saya
kawan saya
teman saya
sahabat saya
saudara saya
segala-galanya bagi saya

adik saya
bangun saya
jatuh saya
jaga saya
tidur saya
makan saya
kerja saya
segala-galanya bagi saya

adik saya
getaran saya
debaran saya
kegembiraan saya
kesedihan saya
kebahagiaan saya
sengsaranya saya
segala-galanya bagi saya

adik saya
hidup saya
jiwa saya
pandangan saya
langkahan saya
sentuhan saya
fikiran saya
segala-galanya bagi saya

segala-galanya bagi saya
tentang adik saya