Friday, November 22, 2013

10 vs 15 july

Dear pink,
I miss you already
I care about you a lot
I try harder to make sure you happy
Forget me not, please

Wednesday, November 13, 2013

Untuk adik

Ya Rabb, peliharalah adikku

Selamat hari konvokesyen

Tahniah!
13 November 2013

Sunday, November 10, 2013

Alahai

Begitulah alahai
Begitulah kisah
Begitulah hidup
#seorangcekja

Tawaku mati
Senyumku cukup di bibir
Gerakku kerana upahku
Jiwa ragaku
ku tahan
Air mukaku
ku kawal
Getar suaraku
ku alunkan

Wahai insan
Aku ucapkan di sini
Aku redha untukmu
Asal kamu bahagia

Aku sudah boleh setapak ke belakang
Supaya rasa ini tidak "membunuh" kamu

Berbahagialah insan
Ku doakan yang terbaik untukmu

Saturday, September 21, 2013

Kite

Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite
Kite

Thursday, September 19, 2013

Bestfriend

Bismillah. Assalam. Permulaan kalam.

Bestfriend.
Ye, kawan baik la maksudnya tu.
Hari ini ada seorang kawan sekerja bertanya.
"Kat sini sape kawan rapat hajar?"
Soalan tu biasa. Tapi maksudnya dalam.
Tidaklah terkejut. Tapi tersentak.
Soalan itu sudah menjadi persoalan dalam diri.
Sudah lebih dua tahun di sini, tapi aku tiada rakan yg akrab.
Maka jawabku, saya kawan dengan semua. Sama rata je.
Ye,memang itu yang berlaku.
Aku takda kawan baik di sini.
Malahan mereka yang pernah menjadi kawan baik suatu ketika dulu, kini hanya sebagai kawan.
Apatah lagi di sini dalam suasana kerja.
Aku lebih selesa menganggap semua sama.
Tentunya lebih mudah.
Semua orang juga selesa dengan kita.
Terpulang bagaimana cara mengambil hati semua orang.
Itu pandangan saya.
Mungkin kerana bagiku, kerja adalah kerja.
Semua orang punya sebab. Terpulanglah.
Kesimpulan daripada perbualan kami tadi, "kita tak boleh percaya semua orang kan hajar"
itulah yang aku bimbangkan.
Namun, dalam ramai insan yang aku temui...seorangnya telah sebati dalam diri aku.
Kawan, teman, sahabat, kawan baik, sedara rapat dalam hati.
Awak!
Ini kisah hari ini, malam ini.
Terima kasih kawan.

Sunday, July 21, 2013

Life

PinQuotes Android App

Move on

Move on
Never give up
Wake up
Be strong!

Itu antara yg kerap keluar dr mulut
Itu antara yg sering ku suntik ke jiwa mereka

Bagaimana ia bermula
Bagaimana ia berlaku
Bagaimana ia jadi
Sekali lagi
Untuk kesekian kali

Sungguh
Hanya semakin menjauh
Hanya semakin menjarak
Hanya semakin menyakiti

Baiklah
Demi tidak menyulitkan apa yang kau rasa
Aku
Pergi sendiri
Selangkah demi selangkah

Tapi
Berhenti berharap

Aku sudah mati
Untuk semua

Sudah bermula

Ia sudah bermula
Sebenarnya bermula kembali

Kala aku girang
Aku lupa
Kala aku rasa bahagia
Aku alpa

Kini aku ditimpa lupa alpa itu

Aku lupa sakit itu sakit
Aku alpa perit itu perit

Gerimis perlahan
Namun pedihnya ku tahan

Kalau

Hari ini ada banyak kalau

Kalau tak beli
Kalau tak keluar

Kita bermula dengan baik

Di antara waktu kita merawat erti "kalau"

sekali lagi kalau

Inila yg sedang kita lalui
Tapi untuk kali ini
Aku padam kalau
Kerana apa yg aku tuturkan
Ye memang itu

Dulu kau dah "halau"
Dulu kau dah siat
Juga dengan kalau

Kalau aku terima....
Kalau aku cinta....
Mesti aku tak begini

Sekarang aku buktikan pd dunia
Erti kau ada atau tiada
Tidak mengubah rasa itu

Aku tiada siapa
Walau siapa2 ada aku

Aku cuma punya kau dari sisi

Perhati kau
Lindungi kau
Kisahkan kau
Gembirakan kau
Sedihkan kau
Marahkan kau
Pujuk kau
Punching beg kau
Sapu tangan kau
Bantal kau
Tong sampah kau

Aku pasti
Aku mahu sayang kau
Hidup matiku
Dunia akhiratku

Thursday, July 4, 2013

Hariku

Assalam. Hari ni 4 julai 2013. Hari keempat our birth month. Happy to you adik. Happy to us.

Indah. Itu sahaja kata.

Makan di tepian tebrau.
Maghrib di masjid abu bakar.
Next, wayang di lessure mall.
Love u dear.
Tqsm.

Sunday, June 2, 2013

~ingat ini~

salam untukmu sebenarnya, aku sayang kamu..... pertama kali ia terbit dari bibirku aku terjemahkan dalam tulisan aku buktikan bersama tindakan ungkapan saban waktu bukan sekadar hari ini bukan cuma di sini dari waktu dulu waktu senang waktu sukar ingatan pertamaku oh, kamu! waktu hatiku berbunga riang waktu jiwaku sayu ingatan pertamaku oh, kamu! waktu penting hidupku waktu getir jalanku ingatan pertamaku oh, kamu! waktu aku kesorangan waktu aku berteman ingatan pertamaku oh, kamu! apatah lagi mengenangkan kala kamu sendiri waima kala kamu mengasihi insan lain aku masih ingat kamu sungguh kamu benci aku waktu itu aku belum pernah tinggalkan kamu cuma aku tiada di sisi waktu ini untuk kamu maaf kerana kamu marah aku

hanya aku

by hyper act Bersama janji kau sentuh rasa percaya Hangat dinginmu mengundang rindu kecewa Hanya aku dihuni sepi rasa kasihmu..... Hanya ku yang mencari Rembulan masih ada Mungkin seketika Walau ku bahagia Mengejar bayanganmu Tak mungkinku beroleh saat indah bersamamu Hanya aku... Apakah mungkin berulang janji setia Apa kan kekal ataupun menyambut duka Dan dirimu dijanji sang sempurna Dan kecewa kini dipulih rasa kasihmu... Hanya ku yang mencari Rembulan masih ada Mungkin seketika Walau ku bahagia Mengejar bayanganmu Tak mungkinku beroleh saat indah bersamamu Hanya aku... Dihuni rasa rindu Hanya ku yang mencari Rembulan amsih ada Mungkin seketika Walau ku bahagia mengejar bayanganmu Tak mungkin ku beroleh saat indah bersamamu.... Dingin rasa kasihmu Bagai bintang bersemi Rindu janji bicara Kekal selamanya Walau sekadar mimpi Tak pernah ku peduli Selamanya kan ku pasti Merindui dirimu Hanya aku..... ~~cika~~ untukmu jantungku

Tuesday, May 28, 2013

Hari tanpa dia

Sekali lagi di tempat yang sama
Semalam menunggu jny
Hari ni menanti jna
Duduk di kerusi yg sama
Dia duduk semalam dan sebelum

Hari ni tanpa teh tarik
Hari ni tanpa suara
Hari ni tanpa senyum dan rajuk
Hari ni tanpa dia

Ke pasar tanpa dia
Belanja tanpa dia
Mencari bahan tanpa dia
Semua jadi serba tak kena

Tiada lagi marahnya
Tiada lagi usiknya
Tiada lagi gelak manjanya
Tiada lagi rajuknya
Tiada kini dia

"I love you so much"
itu alih bahasanya
Terima kasih untuk dia
Terima kasih untuk sarapan bersama hari ini
Terima kasih untuk waktu bersama

Mata yang sembap
Kuyu
Sayu
Pilu
Rindu

Take care
Jaga diri

Kamu memang garang
Itu tak mengubah rasa sayang
Kamu jangan bimbang
Namun
Aku jangan kau tinggalkan

Teh tarik 1

Sekarang petang
Sekarang menunggu jny di'mandi'kan
Sekarang bersama segelas teh tarik
Sekarang hati walang
Sekarang akalku terbenam

Terima kasih awak
Terima kasih untuk setiap detik bersama
Terima kasih kerana sudi mulakan perkenalan

Bila saya menangis
Awak marah
Bila saya marah
Awak moody
Bila saya ketawa
Awak gembira
Mungkin
Awak tak mahu saya berduka
Awak tak mahu saya lara

Bila awak menangis
Saya kesat air mata awak
Bila awak marah
Saya mahu awak bertenang
Bila awak moody
Saya akan tanya kenapa
Akhirnya saya akan diam
Seperti diamnya awak

Awak banyak kisah
Awak suka ketawa
Awak jarang berduka
Awak nampak tabah
Tapi dulu awak pernah cakap
Awak tak kuat

Saya mohon awak maafkan saya
Saya minta maaf
Saya memang banyak kelemahan
Saya gembira kalau dapat turuti apa yang boleh buat awsk gembira
Tapi ada kalanya saya gagal
Saya minta maaf
Menyusahkan awak
Saya minta maaf
Berhutang dengan awak
Saya minta maaf
Atas setiap kelakuan dan kata-kata
Saya yang membuat awak rasa menyampah

Coretan ini memang untuk awak
Jika awak terbaca kisah di sini
Saya mahu awak tahu
Saya tak peduli apa
Saya tahu keadaan ini
Ketegangan ini
Akan berlalu
Yang paling penting
Saya sayang awak
Saya sayang jantung saya
Saya sayang nadi saya
Saya tak pernah lupa itu

Awak
Sekalipun awak marah
Sekalipun awak menyampah
Sekalipun awak tinggalkan saya
Perkara yg saya tak mahu berlaku
Saya tetap sayang awak
Saya bahagia sayang awak

Jika ada orang yang mahu saya berhenti sayang awak
Jika ada orang yang mahu saya tinggalkan awak
Saya tentunya 'mati'
Dalam jasad yg bernyawa

Saturday, May 18, 2013

Aku jerit

Kau tak kan bicara kan
Kau tak boleh berubah kan
Kau dayus

"Lepaskan aku"

Monday, May 13, 2013

I quit

Pernah tak anda rasa 'jatuh'?
ini bukan kisah jatuh tangga
Ini tentang hidup anda
Merudum

Saya minta maaf
Menjadikan medium blog ini
Sebagai medium meluah rasa
Semua ini kisah benar

Hari ini 13 mei
Pertengahan mei
Jika dikira dari januari ke mei
Ini jatuh kali berapa

Saya sangka saya ok
Saya sangka saya tiada apa
Saya sudah acap kali nyatakan
Saya sedang teruskan hidup saya

Dari lahir hingga dewasa
Saya banyak menentukan jalan saya
Masuk asrama umur 13
Masuk tingkatan 6
Mohon universiti paling jauh
Mohon program paling mencabar
Mencabar sebab
"Hai awak kan kaunselor....takkan tak boleh selesai masalah sendiri"
tu dia persepsi orang
"Saya nak kahwin dengan kaunselor"
rupanya kenyataan ini sangat pahit
Apabila saya punya masalah
Saya dibom
Saya menangis
Sepanjang waktu bertugas sebagai kaunselor hari ini
Saya menangis
Di dalam hati
Tapi mata saya pedih
Seolah saya menangis di luar

Saya bukan nak berhenti
Dari jawatan saya sekarang

Sambung
Saya juga yg pilih
Berkawan dengan siapa
Kahwin dengan siapa
Ini memang saya pilih
Sekarang
Saya hilang pilihan
Semua orang memilih saya
Untuk saya ketawa riang
Terima kasih semua

Sebab memikirkan kebahagiaan saya
Dalam masa yg sama
Saya ingin "quit"

Sunday, May 12, 2013

Pagi ini

Sengal jasad
Singkat akal
Serabut jiwaku

Aku diajukan soalan
Apa yg aku rasa
Sempat aku berfikir sebelum kujawab
"Untuk apa aku jawab,
Kalau aku akan di'smash' "
maka jawabku
Apa faedahnya aku jawab
Sekadar ingin tahu perasaanku
Biarlah aku tetap telus
Tiada apa
Gembira tidak
Tidak juga sedih
Takkan tak rasa apa-apa
Seem ok
Ya itu tanda aku di'smash'
paling lembut ke hatiku

Diam sahaja sudahlah
Wahai diri
Wahai siti
Wahai hatiku ini
Sakit sedihku
Biarku tanggung sendiri

Terima kasih saudara
Terima kasih awak
Awak pun akan pergi

Sejak pertama kali
Berita dia akan muncul
Aku sudah makan gaji buta
Kerja ku merenung
Tanpa aku sengaja
Aku tewas dengan rasa
Aku hanya teruskan
Aku mahu terus tunjuk
Gelak rajukku
Atas urusanku denganmu

Sungguh
Sekali lagi hatiku tersiat

Cakap memang senang

Aku dah cakap
Aku sekadar teruskan sebuah hubungan
Aku punya hati tawar
Aku punya akal sengaja tutup
Aku punya jasad je yg bergerak

Ada orang cuma tau marah
Salahkan aku
Paksa aku
Aku buat
Korang cakap senang
Aku tunjuk la
Apa yg korang cakap tu senang

Aku tak boleh nangis
Aku tak dibenarkan nangis
Sedih aku saban ketika
Aku lempiaskan dalam ketawa
Tapi sumpah
Hati aku menangis
Sakit

Sekarang malam
Suasana hening
Lebih menyesakkan dada aku
Tanpa senyum
Tanpa bicara menyenangkan

Kebelakangan ini
Aku mohonkan sesuatu
Tapi Allah belum izinkan

Ada lagi yg lain yg aku mohon
Juga belum diizinkan

Ada yg akan pergi
Dengan tekad yg bulat
Yg nyata
Aku akan ditinggalkan jauh
Pergilah
Yg jelas
Kau akan raih sebuah impian
Impian itu aku ada
Cuma ia tersimpan
Ini juga sebuah permohonan
Masih belum diizinkan-Nya

Dari satu rasa sedih
Ke satu rasa sedih
Semuanya aku gulungkan
Biar tampak kemas hidupku
Tapi ada kalanya
Ikatannya terlerai jua
Sedihku
Rasaku
Tiada yg tinggal

Kebelakangan
Cakapmu keras
Senyummu tegak
Hari semakin hampir
Tuhan
Izinkan aku sendirian
Hapuskan memori ketawa bersama
Sungguh
Yg ada hanya sedih

Rupanya ada lagi permohonan
Begitulah hamba
Lemah
Sedih itu satu anugerah
Terima kasih Ya Rabb

Ya Rabb..
Jika dia bukan jodohku yg benar
Mudahkanlah urusan kami
Untuk hidup dengan jalan masing-masing

Ya Rabb
Jika Engkau sedang menguji kami
Tunjukkanlah kami jalan terbaik
Walaupun dengan berpisah

Wassalam.

Warkah pilu untuk dua jiwa di luar sana.

Thursday, May 9, 2013

Yang patah dan yang hilang

Tersiat-siat

Matilah kau

Yang tumbuh

Biar patah

Yang berganti

Biar hilang

Janji kau

Macam hampas kelapa

Hari ini waktu ini

Lafazku

Lepaskan aku

Lepaskan aku

Lepaskan aku

Aku sangat derita

Sunday, May 5, 2013

Pru 13

Hari ni 5 mei 2013
hari raya paling besar
Tak kira bangsa dan agama
Kita sama-sama sambut pilihan raya

Sambutan kali ini
Dari lima tahun ke lima tahun ini
Semakin ramai rakyat mengundi
Sambutan hebat ini kali

Aku
Jam 8.00 pagi menanti
Beratur berbaris di sini
Kampung halaman ku cintai
Dun penawar
Parlimen pengerang
Daerahku kota tinggi

Untuk pertama kali
Aku mengundi
Sejarah hidupku hari ini
Aku rakyat sejati

Lahirku dalam satu barisan
Terima kasih negara
Alhamdulillah Ya Rabb
Semoga pemimpin yang datang
Pilihan Allah
Untuk Malaysia negara harmoni
Beri kami pemimpin terbaik
Beri kami pemimpin pilihan-Mu

#Sedang menunggu keputusan rasmi SPR

Tuesday, February 19, 2013

Semakin hari semakin jauh

Bosan
Menyampah
Jelek

Minda dah tutup
Hati dah katup

Sayang hilang
Rindu hempedu

Kalau kawan boleh pisah
Berkasih boleh reput
Tunang boleh putus
Kahwin
Bukan main pondok-pondok

Friday, February 1, 2013

Traumatik

27 tahun aku
Sebulan berlalu
Tak sangka aku
Sedang hidup haru
Aku
Kaliskan
Tutup rapat
Maafkan
Namun aku
Diganggu
Situasi terngiang-ngiang
Tujuh hari kali empat minggu
Tanpa setitik air mata
Bersama berhenti ketawa
Senyumkan people around
Tiba-tiba
Alam berubah kerana manusia
Aku yang waras
Baru tersedar
Dek traumatik hidupku
Sentuhku salah
Cakapku khilaf
Ku tutup rapat pendengaranku
Pejam mataku
Tunduk wajahku
Sampai aku penat
Sepenatnya diriku
Maafkanlah aku
Lupakanlah
Lupakanlah
Lupakanlah
Cakap yg terlepas
Bebaskanlah
Daripada hidup dalam lebih tajam
Daripada sebilah pedang
Aku ingin sekali minta dipimpin
Seperti waktu lalu
Agar pulih hidupku
Kuharap harap
Tidak terlepas lagi cakap-cakap seperti tadi
Bodoh
Itu untuk diri yang silap
"Lebih baik berhenti ketawa,
Daripada menangis sepanjang malam"
ku teguhkannya
Kerana air mata bukan punya nilai lagi
Tahniah
Terima kasih
Tulus daripada aku
Trauma ini aku hadapi
Ubatnya tiada
Rinduku pergi
Mencari sesuatu yang tertinggal jauh

Thursday, January 31, 2013

Satu satu satu

Wujudnya tiga
Bila sudah satu
Kemudian seterusnya dua
Tiga
Culas kini
Yang mana satu satu
Yang tawar jadi melese
Yang pudar jadi kelabu
Yang hilang jadi samar
Sayangku mati
Rinduku pergi
Satu satu satu
Abadilah

Wednesday, January 30, 2013

Loves more than a lover

About a true friend

Terima kasih
Sebab jadi kawan saya
Sebab sudi terima saya
Sebab bersama susah senang saya
Sebab sentiasa temani saya
Sebab corakkan jiwa raga saya
Sebab perlukan saya
Sebab ingat saya
Sebab bawa saya ke mana sahaja

Terima kasih kawan
Untuk insan yang anggap saya
True friend

Friday, January 25, 2013

Tin kosong

Umpama
Bak
Seperti
Bagai
Tin kosong
Kosong
Tidak terisi
Tiada berbaki
Dipandang sepi
Gunanya ada
Diketuk bunyi
Dibuang ke tepi
Dikutip lagi
Dikemek rapi
Dijual beli
Fungsinya kini???
tin kosong ini
Ditarik sana ditarik sini
Sukanya hati
Tin kosong ini
Hilang segala isi

Teman Pengganti

Januari 2013
-teman pengganti-
jadi lagu pilihan
Sebagai halwa telinga
Siang malam
Pagi bawa ke petang
Terus hingga lelap mata
-Bilik dah kukemas, katil dah kurapi, Cincin, kunci, dompet dalam laci, ada sikit wang, moga cukup utk majlis tu nanti-
"Meaningfull" beb
Aku pun patut ready duit
Nak buat 'majlis' sendiri
Ikutkan memang tak sedia
Banyak lagi yang tak buat
Banyak lagi yang tertinggal
Urusan akhirat
Hasrat dunia
Orang-orang yang akan ditinggalkan
-Tiba masanya kau cari teman pengganti-

My other half

#TextCutie

Sunday, January 20, 2013

Sunset

20 januari di 'eye-on'
Bumi hang tuah
Bersama kita bertiga
Tentu lega
Walau hujungnya petang
Terselit rajuk rojak
Senyap
Tanpa gentar
Maaf
Tanpa was-was
Kisah kita bertiga
Bawaku pulang
Selamat jalan sayang

Saturday, January 19, 2013

Ahad, ketawa bersama menangis bersama

Berselirat
Bak wayar-wayar ini
Jasadnya kaku
Nyawanya ada

Bersama "di sini"
sebuah kisah lagi
Untuk kali ini
Yang terakhir di sini

Aku menulis
Aku menjerit
Aku merakam waktu
Aku yang laku
Sepertinya tidak selalu

Waktu pernah berhenti
Waktu pernah berhenti
Waktu pernah berhenti

Lalu aku "mati"kan
Lalu aku lalikan
Lalu aku "kubur"kan
Sebuah jasad halus
Yang tuan pun di"makan"nya

Aku "kembali"
dalam konteks aku
Yang kau lihat kini
Moga suatu hari nanti
Kau rasai
"Aku"

sekian, aku menghadapmu.

Malam di pak putra

Satu dua tiga empat
Alkisah
Malam ini
Duduk
Satu dua tiga empat
Order
Tandouri tiga
Nasi lemak
Satu dua tiga empat
Empat puluh minit
Hah???
satu dua tiga empat
Minta maaf kami tak sempat

Kembar

Itu beg duit perempuan
Biasa kita sebut 'purse'
Yang atas namanya coloris
Yang bawah namanya Gf

"Mereka" selalu bersama
"Mereka" banyak berkongsi
"Mereka" juga pernah "berlaga"
Bukan setakat berlaga dek duduk dalam 1 'handbag'

"mereka" rapat
Bak iklan Digi
Kami 'buddys'
tak dapat dipisahkan

"Mereka" bak isi dengan kuku
"Mereka" bagai aur dengan tebing
"Mereka" siapa akan pisahkan
Dengan izin-Nya shj
"Mereka" tetap bersama

Sekian.

Friday, January 18, 2013

Journey again

Dah tiba ke destinasi
Sejuknya duduk dalam bas ni
Hujan di luar tak berhenti
Dari malam ke siang hari

Perjalanan ini
"Di sini" ku abadi
Biar ingat di hati
Ada yg pasti
Perjalanan ini
Yang terakhir kali

Hari ni 19 januari
2013 tahun ini
Perjalanan pergi
Esok ku kembali

Sebuah perjuangan
Kian menuju pengakhiran
Untuk sebuah musim
Ijazah kan dalam genggaman

Berdiri aku
Di sisi
Di belakang
Di hadapan
Kamu

Tanpa sebab
Sejak rasa itu muncul

Semoga kau berjaya

Mungkin nanti
Ku tiada lagi

Thursday, January 17, 2013

Demi tugas

Ini sebuah buku
Lebih kepada modul
Sifar salah laku

Usah dan jangan

Entah kenapa
Rasa tak senang
Hati bimbang
Walang

Jujurnya aku
Benar ragu
Permintaannya padamu
Satu demi satu

Teguhkan hati
Tak perlu kau takuti
Hanya depani
Rasamu kau yakini

Usah kau tunduk
Usah kau gentar
Jangan kau terduduk
Dia kan tersenyum lebar

Sungguh ragaku gusar
Melepas kau biar
Biar kau tegar
Bersama rasanya yg mekar

Ya Rabb kumohon
Lindungi hambaMu

Wednesday, January 16, 2013

Kata putus antara dua

Post ini jelas lagi nyata
Sudah terang lagikan bersuluh
Khas buat si adik
Namanya istimewa
Orangnya sederhana
Dia penawar lara
Adikku suka ketawa

Adik,
akak ada beli dua pasang kain
Adik pilihlah satu
Harap ada yg berkenan
Yg ini atau yg itu

Adik,
Kain ni sedap dipakai
Sejuk rasanya
Yg kuning tampak ceria si pemakai
Yg pink hari khamis sesuainya

Adik,
Tentang kain ni semua bermakna
Waktu pagi langkah bermula
Kerana hatiku yang berlaga
Untuk kamu ku beriya
Tanda sokongan pra kerjaya
Ikhlas hasil titik ku bekerja
Setiap saat dalam masa
Semoga Allah berkatinya

Adik,
Hidup kita selalu tak terjangka
Adakalanya bagai pelangi indah
Ada waktunya seperti pelangi senja
Namun tak selalunya ada sang pelangi
Bila hari panas
Bila hari hujan
Bila angin taufan
Semuanya bila-bila

Adik,
Kadang-kadang kita buntu
Jadi bila itu berlaku
Duduklah sejenak merenung perilaku
Tanya hati mana tau
Leraikan rasa yg keliru

Adik,
Setiap yg berlaku itu
Punya punca yg jitu
Ada hikmah yg tidak diketahu
Depaninya adikku

Bagaikan memilih baju
Cuma satu simbolik butir bicara
Agar adik tahu
Hal itu akan terlerai jua
Akhirnya
Lapangkan dadamu
Mohon pada Yang Maha Penyayang
Semoga diberi petunjuk dan hidayah
Disuluh pilihan yg benar
Supaya hatimu tenang
Menjalani hidup dalam ibadah

Adikku
Kesayanganku
Pelihara hatimu
Sayang dirimu
Doaku sentiasa ada untukmu

-Kakak cika-

Tuesday, January 15, 2013

Bila ada yang bernama "pertemuan"

'Happy sgt tp a bit sedih'

Cuma mahu abadikannya 'di sini'

Bersama mereka dalam "journey"

Berada di antara ramainya manusia
Masing2 datang dengan tujuan
Yang pasti cari makan
Atau sekadar minum2

aku di sini juga dengan tujuan
Abc akan 'diorder'
satay dah pun tiba
Yang belum hanya
Lima jasad bernyawa
Salah seorangnya
Tentu teristimewa

Jam 6.05 petang
15 januari yang kian suram
Senja kan mendatang
Ada hati yang walang

Namun akan kupapar
Riak senyum yang tidak tawar
Tarararara
Yeay akhirnya
..........lalalala

Monday, January 14, 2013

Walau tak bersama dia

Ini habit aku
Tidur dengan gajet
Ini untung terkumpul
Ada masa keliling aku
Kalau hilang salah satu
Nahaslah jawabnya
Lagi2 si nokia
Tapi nokia tu pernah
Rasa nak buang ke laut
Biar hilang terus
Terbenam ke dasarnya
Haruslah mustahil
Banyaklah yang teringin
Dengan si nokia
Banyak lagi yang dah berlaku
Jasanya
Budinya
Keprihatinannya
Kasih sayangnya
Rindunya
Harapannya
Segala luahannya
Persaannya
Tingkahnya
Semua tentang si nokia
Jadi isu buang ke laut
Itu cuma mainan amarah
Tentunya bagi pihak sendiri
Aku lebih sayang
Walau ribut tsunami
Tetap aku pertahan
Tapi ada satu
Aku bimbang jika tinggal sekali
"Oh Tuhan tolonglah aku....."
dia akan mungkir lagi barangkali???

Lewat untuk selamat tahun baru 2013

Hari ini hari ke -14
Tentunya lewat sudah untuk aku
Ucapkan selamat tahun baru
2013
Kepada semua

Blog ini istimewa untuk aku
Bagi insan2 yg mengerti erti istimewa
Tentunya lebih mengerti
Simboliknya sebuah 'istimewa'

dek kerana itu
Aku lenyapkan awal tahun baruku
Dek kerana itu
Aku pejamkan mata hatiku

14 hari berlalu
Aku merawat lukaku
Tanpa meninggalkan jasadmu
Yg telah luluh hatiku

Bait yang terbit
Raga yang perit
Hakikatnya masih sakit
Cemuhmu melekit

Ada beberapa semoga
Pentingnya rasa selamat dan selesa
Bikin langkahmu bahagia
Akhirat nanti juga dunia

Ingin saja kumatikan
Ingin saja kulenyapkan
Nista yang memakan
Walang yang merimaskan

Hadir dan pergi
Itu acap kali
Tetap tidak lali
Kerna ada pedih setiap kali
Mungkinkah kan berulang lagi
Makanya kini
Senyumku tidak di hati
Gerakku berhati-hati
Bimbangnya aku Ya Rabbi
Harapku satu kini
Tiada benci

Sejak itu
Inilah aku