Thursday, December 27, 2012

Selerak

Inilah keadaan ofis aku sekarang
Tapi aku puas
Sebab akhirnya kami berusaha
Mungkin Allah mendengar suara hatiku
Mendengar permintaanku
Maka diturunkan 'anugerah'
Terima kasih 'banjir'

seakan remeh bunyinya
Operasi mengemad ofis
Tapi bagi aku
Ini jalan menuju kepuasan
Dah setahun setengah
Serabut aku tengok semua ni

Aku digaji untuk berkhidmat dengan manusia
Manusia itu termasuk aku
Manusia itu punya deria
Manusia itu punya mental
Manusia itu mungkin sakit jiwanya
Manusia punya banyak punya
Resam ragam manusia
Maka aku bukan semata kerana digaji

Dalam merenung keselerakan ini
Bercambah cabang menerjah fikiran
Jiwa raga dan hati
Ke sana ke sini
Aku tentunya tidak sempurna nurani
Mencari-cari lagi tapak berdiri

Keselerakan ini bagai satu umpama
Keselerakan dan kelukaan
Jelas luka itu dalam lagi
Untuk apa kita teruskan kesilapan
Tiada pun gerak langkah
Tiada juga mencipta rasa

Kita mungkin lebih serasi sebagai kawan baik
Kau kata, subhanallah
Maha suci Allah
Itu maksud yang jelas
Tidak kau jelaskan tersiratnya
Kau ego
Untuk apa kau ikat aku dulu
Kepuasan nafsu yang kau tunjangi

Semakin hari semakin
Kau tak kuingini
Kau mungkir janji

No comments: