Tuesday, February 21, 2012

menanti

jam sudah 1:40 pagi
jam 1:10 tadi aku baru siapkan minit mesyuarat yang aku hadiri siang tadi
maknanya sudah setengah jam aku online
mencari sesuatu
sesuatu yang boleh aku bawa sebagai bekalan mimpi

sebenarnya aku sangka dah tak boleh online lagi
sebab dah overdue aku tak bayar broadband
saje la cuba nasib
sebab nak update antivirus
tadi pasang external hard disk mcm ada virus
sebab sebelum ni pasang kat mana2 aje
sesunggunya setiap yang berlaku itu ada SEBAB

"isteri BUKAN HAK MILIK"
itu status terbaru aku kat fb
rasanya dah beberapa hari tak contact dengan en tunang
tadi dia kol dan berbual panjang
duk dak duk dak
mesti punya cerita pasal majlis
agak mengecutkan setiap urat yg ada dlm badan aku ni
takut jugak rupanya aku
nak bergelar isteri tak lama lagi
tapi, isteri bukan hak milik
isteri ialah teman di sisi
itu namanya isteri
apatah lagi jika hanya bakal isteri
terima kasih en tunang
kita memang perlukan istilah "toleransi"

menanti?
menanti mata yang perlu dipejamkan
menanti hati yang perlu ditenangkan
menanti fikiran yang perlu diluaskan
menanti satu keputusan
keputusan yang sudah muktamad
cuma perlu diterima dengan redha

No comments: