Sunday, January 29, 2012

bersama juara lagu

sedang tonton "kisah hati". mantap si alyah. tahniah! persembahan dan vokal yang mengkagumkan. aku suka jugak lagu ni. kenapa ek? sangat mendalam maksudnya.

"sungai lui" pulak. lagu ni sangat sinonim dengan aku lebih kurang setahun yang lepas. waktu tu aku masih tak keje lagi. masih menganggur. lagu ni mengingatkan aku pada seseorang. seseorang yang memberi kesan yang amat besar dalam hidup aku. "sungai lui" dia abadikan dalam satu video..aku, dia dan kamu. tiap kali aku dengar "sungai lui", memori tepian pantai tanjung balau antara kami pasti menjelma.

"penakut". takda sape dedicate kat aku pun. hahaha. tp aku suka lirik dia.
"Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja"

"awan nano". bile aku mula mengahayati lagu si hafiz ni? masa aku balik konvo, bulan 2 tahun lepas. encik tunang la punya pasal. asik-asik nak dengar "awan nano". hahaha. jadi bile dengar "awan nano", ingatlah kat encik tunang. smile =)

"beribu sesalan" - 3 suara! perhhhh inilah yang ditunggu-tunggu. kepada si adik, sabar ye! jangan excited sangat kat depan tv tu. hihihi. kitorang memang suka sangat la ngan lagu ni. adik aku harap sangat 3 suara ni juara lagu! aku? harap jugak...tp aku ada harapan yang tinggi pada lagu lain. "kisah janji dimungkiri lagi"

dah habis pun 12 lagu.

aku menaruh harapan pada "sedetik lebih". anuar tak bawak malam ni, tapi jac pun sangat mantap. bak kata adik, meremang..bak kata aku, dari hati. tahniah jac! apa pun keputusan juri, aku terima. sekalipun "sedetik lebih" tak genggam juara lagu, tapi "sedetik lebih" akan sentiasa dalam genggaman hati dan ingatan aku. terima kasih atas "sedetik lebih" yang kau hulurkan.

"salam terakhir" .....woooooo...sentap!!!
sudah alang-alang ni,
aku ingin sekali ucapkannya pada kamu, kamu dan kamu....
ajal maut yang kita tak pernah tahu...
kujungannya yang tak tentu....
adakah kita tertunggu-tunggu...
maafkan aku...

sementara iklan ni, aku bukak lagu harapan aku "sedetik lebih" :
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

KEPUTUSAN!

Persembahan Terbaik : Kisah Hati-Alyah
Vokal Terbaik : Awan Nano-Hafiz
TOP 3 : Karma-Faizal
NAIB JUARA : Beribu Sesalan-3 Suara
JUARA LAGU : Awan Nano

perhhhh! aku dah agak dah.....
tahniah la semua. dapat masuk final ni, kira juara la kan. bukan senang nak sampai penghujung. berjuang habis-habisan. usaha tangga kejayaan. itulah falsafahnya.

No comments: