Bismillah. Assalam. Permulaan kalam.
Bestfriend.
Ye, kawan baik la maksudnya tu.
Hari ini ada seorang kawan sekerja bertanya.
"Kat sini sape kawan rapat hajar?"
Soalan tu biasa. Tapi maksudnya dalam.
Tidaklah terkejut. Tapi tersentak.
Soalan itu sudah menjadi persoalan dalam diri.
Sudah lebih dua tahun di sini, tapi aku tiada rakan yg akrab.
Maka jawabku, saya kawan dengan semua. Sama rata je.
Ye,memang itu yang berlaku.
Aku takda kawan baik di sini.
Malahan mereka yang pernah menjadi kawan baik suatu ketika dulu, kini hanya sebagai kawan.
Apatah lagi di sini dalam suasana kerja.
Aku lebih selesa menganggap semua sama.
Tentunya lebih mudah.
Semua orang juga selesa dengan kita.
Terpulang bagaimana cara mengambil hati semua orang.
Itu pandangan saya.
Mungkin kerana bagiku, kerja adalah kerja.
Semua orang punya sebab. Terpulanglah.
Kesimpulan daripada perbualan kami tadi, "kita tak boleh percaya semua orang kan hajar"
itulah yang aku bimbangkan.
Namun, dalam ramai insan yang aku temui...seorangnya telah sebati dalam diri aku.
Kawan, teman, sahabat, kawan baik, sedara rapat dalam hati.
Awak!
Ini kisah hari ini, malam ini.
Terima kasih kawan.
No comments:
Post a Comment