Tuesday, May 28, 2013

Hari tanpa dia

Sekali lagi di tempat yang sama
Semalam menunggu jny
Hari ni menanti jna
Duduk di kerusi yg sama
Dia duduk semalam dan sebelum

Hari ni tanpa teh tarik
Hari ni tanpa suara
Hari ni tanpa senyum dan rajuk
Hari ni tanpa dia

Ke pasar tanpa dia
Belanja tanpa dia
Mencari bahan tanpa dia
Semua jadi serba tak kena

Tiada lagi marahnya
Tiada lagi usiknya
Tiada lagi gelak manjanya
Tiada lagi rajuknya
Tiada kini dia

"I love you so much"
itu alih bahasanya
Terima kasih untuk dia
Terima kasih untuk sarapan bersama hari ini
Terima kasih untuk waktu bersama

Mata yang sembap
Kuyu
Sayu
Pilu
Rindu

Take care
Jaga diri

Kamu memang garang
Itu tak mengubah rasa sayang
Kamu jangan bimbang
Namun
Aku jangan kau tinggalkan

Teh tarik 1

Sekarang petang
Sekarang menunggu jny di'mandi'kan
Sekarang bersama segelas teh tarik
Sekarang hati walang
Sekarang akalku terbenam

Terima kasih awak
Terima kasih untuk setiap detik bersama
Terima kasih kerana sudi mulakan perkenalan

Bila saya menangis
Awak marah
Bila saya marah
Awak moody
Bila saya ketawa
Awak gembira
Mungkin
Awak tak mahu saya berduka
Awak tak mahu saya lara

Bila awak menangis
Saya kesat air mata awak
Bila awak marah
Saya mahu awak bertenang
Bila awak moody
Saya akan tanya kenapa
Akhirnya saya akan diam
Seperti diamnya awak

Awak banyak kisah
Awak suka ketawa
Awak jarang berduka
Awak nampak tabah
Tapi dulu awak pernah cakap
Awak tak kuat

Saya mohon awak maafkan saya
Saya minta maaf
Saya memang banyak kelemahan
Saya gembira kalau dapat turuti apa yang boleh buat awsk gembira
Tapi ada kalanya saya gagal
Saya minta maaf
Menyusahkan awak
Saya minta maaf
Berhutang dengan awak
Saya minta maaf
Atas setiap kelakuan dan kata-kata
Saya yang membuat awak rasa menyampah

Coretan ini memang untuk awak
Jika awak terbaca kisah di sini
Saya mahu awak tahu
Saya tak peduli apa
Saya tahu keadaan ini
Ketegangan ini
Akan berlalu
Yang paling penting
Saya sayang awak
Saya sayang jantung saya
Saya sayang nadi saya
Saya tak pernah lupa itu

Awak
Sekalipun awak marah
Sekalipun awak menyampah
Sekalipun awak tinggalkan saya
Perkara yg saya tak mahu berlaku
Saya tetap sayang awak
Saya bahagia sayang awak

Jika ada orang yang mahu saya berhenti sayang awak
Jika ada orang yang mahu saya tinggalkan awak
Saya tentunya 'mati'
Dalam jasad yg bernyawa

Saturday, May 18, 2013

Aku jerit

Kau tak kan bicara kan
Kau tak boleh berubah kan
Kau dayus

"Lepaskan aku"

Monday, May 13, 2013

I quit

Pernah tak anda rasa 'jatuh'?
ini bukan kisah jatuh tangga
Ini tentang hidup anda
Merudum

Saya minta maaf
Menjadikan medium blog ini
Sebagai medium meluah rasa
Semua ini kisah benar

Hari ini 13 mei
Pertengahan mei
Jika dikira dari januari ke mei
Ini jatuh kali berapa

Saya sangka saya ok
Saya sangka saya tiada apa
Saya sudah acap kali nyatakan
Saya sedang teruskan hidup saya

Dari lahir hingga dewasa
Saya banyak menentukan jalan saya
Masuk asrama umur 13
Masuk tingkatan 6
Mohon universiti paling jauh
Mohon program paling mencabar
Mencabar sebab
"Hai awak kan kaunselor....takkan tak boleh selesai masalah sendiri"
tu dia persepsi orang
"Saya nak kahwin dengan kaunselor"
rupanya kenyataan ini sangat pahit
Apabila saya punya masalah
Saya dibom
Saya menangis
Sepanjang waktu bertugas sebagai kaunselor hari ini
Saya menangis
Di dalam hati
Tapi mata saya pedih
Seolah saya menangis di luar

Saya bukan nak berhenti
Dari jawatan saya sekarang

Sambung
Saya juga yg pilih
Berkawan dengan siapa
Kahwin dengan siapa
Ini memang saya pilih
Sekarang
Saya hilang pilihan
Semua orang memilih saya
Untuk saya ketawa riang
Terima kasih semua

Sebab memikirkan kebahagiaan saya
Dalam masa yg sama
Saya ingin "quit"

Sunday, May 12, 2013

Pagi ini

Sengal jasad
Singkat akal
Serabut jiwaku

Aku diajukan soalan
Apa yg aku rasa
Sempat aku berfikir sebelum kujawab
"Untuk apa aku jawab,
Kalau aku akan di'smash' "
maka jawabku
Apa faedahnya aku jawab
Sekadar ingin tahu perasaanku
Biarlah aku tetap telus
Tiada apa
Gembira tidak
Tidak juga sedih
Takkan tak rasa apa-apa
Seem ok
Ya itu tanda aku di'smash'
paling lembut ke hatiku

Diam sahaja sudahlah
Wahai diri
Wahai siti
Wahai hatiku ini
Sakit sedihku
Biarku tanggung sendiri

Terima kasih saudara
Terima kasih awak
Awak pun akan pergi

Sejak pertama kali
Berita dia akan muncul
Aku sudah makan gaji buta
Kerja ku merenung
Tanpa aku sengaja
Aku tewas dengan rasa
Aku hanya teruskan
Aku mahu terus tunjuk
Gelak rajukku
Atas urusanku denganmu

Sungguh
Sekali lagi hatiku tersiat

Cakap memang senang

Aku dah cakap
Aku sekadar teruskan sebuah hubungan
Aku punya hati tawar
Aku punya akal sengaja tutup
Aku punya jasad je yg bergerak

Ada orang cuma tau marah
Salahkan aku
Paksa aku
Aku buat
Korang cakap senang
Aku tunjuk la
Apa yg korang cakap tu senang

Aku tak boleh nangis
Aku tak dibenarkan nangis
Sedih aku saban ketika
Aku lempiaskan dalam ketawa
Tapi sumpah
Hati aku menangis
Sakit

Sekarang malam
Suasana hening
Lebih menyesakkan dada aku
Tanpa senyum
Tanpa bicara menyenangkan

Kebelakangan ini
Aku mohonkan sesuatu
Tapi Allah belum izinkan

Ada lagi yg lain yg aku mohon
Juga belum diizinkan

Ada yg akan pergi
Dengan tekad yg bulat
Yg nyata
Aku akan ditinggalkan jauh
Pergilah
Yg jelas
Kau akan raih sebuah impian
Impian itu aku ada
Cuma ia tersimpan
Ini juga sebuah permohonan
Masih belum diizinkan-Nya

Dari satu rasa sedih
Ke satu rasa sedih
Semuanya aku gulungkan
Biar tampak kemas hidupku
Tapi ada kalanya
Ikatannya terlerai jua
Sedihku
Rasaku
Tiada yg tinggal

Kebelakangan
Cakapmu keras
Senyummu tegak
Hari semakin hampir
Tuhan
Izinkan aku sendirian
Hapuskan memori ketawa bersama
Sungguh
Yg ada hanya sedih

Rupanya ada lagi permohonan
Begitulah hamba
Lemah
Sedih itu satu anugerah
Terima kasih Ya Rabb

Ya Rabb..
Jika dia bukan jodohku yg benar
Mudahkanlah urusan kami
Untuk hidup dengan jalan masing-masing

Ya Rabb
Jika Engkau sedang menguji kami
Tunjukkanlah kami jalan terbaik
Walaupun dengan berpisah

Wassalam.

Warkah pilu untuk dua jiwa di luar sana.

Thursday, May 9, 2013

Yang patah dan yang hilang

Tersiat-siat

Matilah kau

Yang tumbuh

Biar patah

Yang berganti

Biar hilang

Janji kau

Macam hampas kelapa

Hari ini waktu ini

Lafazku

Lepaskan aku

Lepaskan aku

Lepaskan aku

Aku sangat derita

Sunday, May 5, 2013

Pru 13

Hari ni 5 mei 2013
hari raya paling besar
Tak kira bangsa dan agama
Kita sama-sama sambut pilihan raya

Sambutan kali ini
Dari lima tahun ke lima tahun ini
Semakin ramai rakyat mengundi
Sambutan hebat ini kali

Aku
Jam 8.00 pagi menanti
Beratur berbaris di sini
Kampung halaman ku cintai
Dun penawar
Parlimen pengerang
Daerahku kota tinggi

Untuk pertama kali
Aku mengundi
Sejarah hidupku hari ini
Aku rakyat sejati

Lahirku dalam satu barisan
Terima kasih negara
Alhamdulillah Ya Rabb
Semoga pemimpin yang datang
Pilihan Allah
Untuk Malaysia negara harmoni
Beri kami pemimpin terbaik
Beri kami pemimpin pilihan-Mu

#Sedang menunggu keputusan rasmi SPR