Thursday, December 27, 2012

Selerak

Inilah keadaan ofis aku sekarang
Tapi aku puas
Sebab akhirnya kami berusaha
Mungkin Allah mendengar suara hatiku
Mendengar permintaanku
Maka diturunkan 'anugerah'
Terima kasih 'banjir'

seakan remeh bunyinya
Operasi mengemad ofis
Tapi bagi aku
Ini jalan menuju kepuasan
Dah setahun setengah
Serabut aku tengok semua ni

Aku digaji untuk berkhidmat dengan manusia
Manusia itu termasuk aku
Manusia itu punya deria
Manusia itu punya mental
Manusia itu mungkin sakit jiwanya
Manusia punya banyak punya
Resam ragam manusia
Maka aku bukan semata kerana digaji

Dalam merenung keselerakan ini
Bercambah cabang menerjah fikiran
Jiwa raga dan hati
Ke sana ke sini
Aku tentunya tidak sempurna nurani
Mencari-cari lagi tapak berdiri

Keselerakan ini bagai satu umpama
Keselerakan dan kelukaan
Jelas luka itu dalam lagi
Untuk apa kita teruskan kesilapan
Tiada pun gerak langkah
Tiada juga mencipta rasa

Kita mungkin lebih serasi sebagai kawan baik
Kau kata, subhanallah
Maha suci Allah
Itu maksud yang jelas
Tidak kau jelaskan tersiratnya
Kau ego
Untuk apa kau ikat aku dulu
Kepuasan nafsu yang kau tunjangi

Semakin hari semakin
Kau tak kuingini
Kau mungkir janji

Monday, December 24, 2012

Gerimis dan cendol

Alhamdulillah. Selamat semangkuk mi rebus dan laksa johor. Sedang berusaha dgn semangkuk cendul.
Bila cekja buang tabiat. Hahaha. Sebenarnya aku dlm perjalanan balik ke rumah mak abah. Teringat pula keenakan mi rebus dan laksa johor yg dimakan panas2. Maka, sepatutnya belok ke kanan, aku terus lagi ke depan.
Kalau duduk rumah waktu begini..tengah hari yg sejuk..gerimis..memang boleh sambung tidur la kan. Tapi dek alang2 lalu lalang tgh jalan, kita p cari makan dulu naaa..kata org utara.
Mengimbas kembali perjalanan aku ke utara tempoh hari. "My meaningful journey". Sekelip mata rasanya. Sungguh rasa tak percaya. Dah balik pun. Hahaha. Senang hati ye bila ada duit lebih sikit. Berjalan, makan..buat jela apa yg terasa nak buat. Ada sorang kawan ni cakap hari tu..dulu kita dah puas susah. Nak makan pun kadang2 tahan2. Apatah lg nk shopping. Hp pun baling anjing, anjing yg mati. Sekarang kita dah selesa sikit, nak beli apa pun boleh. Beli jela apa yg kita tak dapat dulu. Aku setuju juga dgn cakap member tu. Puas tau. Lepas pernah susah. Sebenarnya tak la susah mana pun. Tp susah la juga. Tp adat la kan. Masih belajar. Apa yg ada jela. Dan bg aku, kepuasan aku skrg bukan semata utk diri aku. Lebih lagi utk org2 yg aku sayang. Mak abah, adk beradik, adik aku..
Aku lebih bahagia bila dapat tunaikan janji aku pd org yg aku lafazkan "hari pengakuan" . Terasa bermakna hidup aku. Alhamdulillah.

Lepaskan aku

Kalau bukan kiri
Bukan juga kanan
Kalau bukan atas
Tak mesti tengah
Kalau bukan dia
Kamu juga mungkin tidak

Aku datang kerana janji dulu
Aku teguh kerana bicara lalu
Sampai masa kita semua akan luka
Bersama nafas lama

Sunday, December 23, 2012

24 disember 2012

Genap 2 tahun
My admission day
Our relationship

Bukan mudah nak sampai ke tarikh ni lagi
Halangan hati yg sgt besar
Bermula dari satu fasa
Bergerak ke satu fasa
Kini, perjalanannya begini
Kamu dan aku mengerti

Bila kita sudah sampai ke kemuncak
Usah kita alpa bumi yg kita pijak

Kdg2 kita perlu pandang ke belakang
Langkah terdahulu yg kita tinggalkan

Hubungan yg sedia ada
Kasih antara dua jiwa
Kamu dan aku
Bukan mudah direnggangkan
Bukan mudah utk dimusnahkan
Bukan semudah lafaz yg kita bicarakan

Kita melihat dunia pd paksinya
Kita merangkak
Kita bertatih
Kita berjalan
Kemudian berlari
Kita sedang apa kini?

Mekarlah spt yg kamu lafazkan
Semoga kekal spt yg aku tuturkan

Hubungan ini hubungan kita
Kita yg mencoraknya
Kita yg mulakannya
Kita juga yg membiaknya
Atas dasar kita suka
Atas dasar kita mahunya
Atas dasar kita sayang sama kita
Susah senang bersama

Hari ini hari pengakuan
"Aku sebenarnya sayang kamu"
kita bertukar bahagia
Dalam ketawa, dalam air mata
Luka demi luka
Kita yg gores
Kita yg rawat
Kita diam
Kita cuma perlu
"Sy minta maaf"
dan berubah lebih baik
Antara kita selesa
Antara kita mesra

Selamat Hari Pengakuan
24.12.2012
Cika

Friday, December 21, 2012

Ku susuri

Mlm ini
Yg tak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri
Ku mencari hembus bayu
Yg slalu berbisik madah rindu
Kini membisu dlm sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yg berliku
Di saat aku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapku
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi
Kisah janji dimungkiri
Lagi....

Sumpah sedih

Nak cakap jugak. Nak cakap jugak. Dah mcm budak2 ni.
Entahlah.
Nak membina dan meruntuhkan memang bukan mudah. Tp boleh. Keduanya boleh.
Cakap senangla.
Nak bina bangunan pun perlukan masa. Nak runtuhkan pun bukan sekelip mata. Kecuali gempa bumi ke, Ataupun bom je.
Rasa mcm jantung aku pulak yg meletup.

My meaningful journey

Hari ni 20 disember 2012,jumaat. Alhamdulillah. Aku dah selamat kembali setelah melalui satu perjalanan yg penuh makna. Menidakkan every single feeling. Pergi membawa seluruh jiwa raga aku. Kini aku dah kembali. Hanya perlu berdepan realiti. Tak ape kalau org tak sayang lg.

Monday, December 17, 2012

17 disember 2012

Deactivate fb
Rasa terluka sgt
Tapi lebih teruk kalau jantungku direntap
Maaf sebab sayang awak
Maaf sebab mengaku sayang awak
Sebab sekarang awak dah mula rasa tak selesa
Salah juga bila everyday ckp "sayang awak"
Salah bila selalu ckp "rindu awak"
lagi salah bila tanya, where'r u going?with whom?
paling salah bila senyap tanda cemburu
Tp itu semua yg awak buat pd sy
Sy cuma mahu hubungan ini kekal mekar
Seperti mana kita bermula dulu
Setelah sekian lama sy menidakkan kewujudan awak
Setelah itu wujud jua "hari pengakuan" yg akan tiba lagi seminggu dari sekarang
Maaf ye awak...sy sedar sy salah
Sy akan belajar pergi jauh sikit dr awak
Cuma supaya awak selesa dan bahagia
Sy sayang awak dunia akhirat
Jika ditakdirkan sy 'pergi' waktu perjalanan sy esok,spt kelazimannya sy mohon maaf,sy minta halal setiap pemberian awak,sy minta redhakan sy pergi selamanya,dan wasiat sy awak dah boleh baca. Jika ada sedikit harta yg sy tinggalkn,mohon bantulah perjalanan sy di sana.
Sy tau awak masih sayang sy.
Assalamualaikum.