Tuesday, April 17, 2012

tulang ikan

tulang ikan. terima kasih kawan saya yang telah mencetuskan idea untuk entry hari ni. terima kasih sebab izinkan saya letak tajuk "tulang ikan" kerana mengimbas kembali peristiwa dia yang tercekik tulang ikan tengah hari tadi. terima kasih.

berhati-hatilah bila makan ikan. kenapa ikan? sebab kita lebih berpotensi tercekik tulang ikan berbanding tulang ayam atau kambing. betul tak? maaf kalau saya khilaf. sebab biasanya tulang ikan ni lebih kecil, halus....maka, silap makan bolehlah tercekik.

teringat pesan mak : kalau tercekik tulang ikan, ambil nasi lepas tu kepal-kepal terus telan. jgn lupa bismillah dan selawat nabi. ataupun minum air dalam senduk. petua orang tua dulu-dulu ni. cuba jela. ada rezki, selamatlah tulang ikan tu masuk terus dalam perut. semoga terus hadam.

bila tercekik tulang ikan ni mesti kita rasa tak selesa. sakit tekak tu. dan terfikir-fikir, macam mana ni. kalau jolok mesti muntah. belum tentu tulang ikan keluar. maka, cubalah petua tadi. tak cuba, kita tak tau.

adakah salah kita sampai tercekik? jawapannya ada pada diri kita sendiri. pada aku, semua tu cuma nak jadi sebab. yang nyata, tercekik tulang ikan tu salah satu daripada ujian untuk kita. nampak perkara ni kecik je kan. setakat tercekik tulang ikan. tp ada satu kisah benar ni. kakak kepada kawan baik saya telah tercekik tulang ikan. akhirnya operation tau. sampai sekarang, fobia makan ikan. ujian la tu. kita diuji dengan nikmat yang kita peroleh. bila kita diuji tandanya Tuhan Yang Satu itu sayang pada kita, sentiasa memandang kita. bersyukurlah kerana tercekik tulang ikan.

kerana tulang ikan...aku belajar sesuatu, iaitu nikmatnya ujian. ujian itu anugerah. menyedarkan aku sesuatu. nikmatnya erti persahabatan. tulang ikan itu halus. tapi hikmahnya luas. terpulang pada pokok pangkal hati kita untuk menilai. terpulang pada cermin hati kita.

aku rasa bertuah. sebab sentiasa ada orang yang menyedarkan aku. sebab sentiasa ada ujian. walaupun aku kalut mendepani ujian-ujian itu. ujian-ujian yang menyakitkan hati. ujian-ujian yang membelah jiwa. ujian-ujian yang menutup kewarasan. ujian-ujian itu baik untuk aku.

No comments: