Thursday, March 29, 2012

la tahzan

la tahzan!
janganlah bersedih...
usahlah berduka

aku yg kesedihan
aku yg menahan sebak
aku yg teroleng-oleng dek
limpahan air mata

la tahzan!
waktu terus berlalu
dan aku mengejar
sederas kudratku
bagai tidak mahu terlepas
walau sedetik
kurang dari sesaat

dalam lelah
dalam payah
dalam jua rasa
dalam cinta
dalam jiwa

la tahzan!
jasadku rohku
la tahzan!
jasadku rohku
la tahzan!
jasadku rohku

Monday, March 19, 2012

matlamat yang sama

aku tahu
aku merasakan
aku berfikir ke arah itu
matlamat kita sebenarnya sama

tujuan kita
apa yang kita rasa
mengapa kita bertindak
untuk apa kita melangkah
kenapa kita adakalanya mengalah

aku dan kamu
kita sama-sama
bergerak kepadanya
berusaha semampunya

kita tersenyum suka
kita meratap duka yang meluka
kita merawat setiap kesilapan kita
kita girang apabila kita rasa berjaya
kita rasakan semua itu dengan hati terbuka

kamu mahupun aku
apakah benar bicara kita
adakah kita menutur keikhlasan
kenapa kita membiar tembok alasan

aku tahu
matlamat kita sama

aku dan kamu
mahukan bahagia
untuk dia aku
untuk dia kamu

maaf dari aku
jagalah dia dengan cara paling wajar
paling baik untuk keadaan kita kala ini

Tuesday, March 13, 2012

semakin dekat

perkataan pertama, "entahlah....". bunyinya seakan mengeluh. ini memang kisah benar. entahlah aku tak tau kenapa. entahlah aku tak pasti. entahlah apa yang aku nak sebenarnya. entahlah mcm mana aku boleh berani nak kata kat sini.

dah genap empat hari aku cuti kat rumah. cuti sekolah. dan inilah cuti sekolah terakhir aku sebelum bermulanya episod baru dalam hidup aku. gugur jugak air mata aku ni. cuti sekolah terakhir ye. ohhhhhh!!

aku dah macam bukan aku yg sebenarnya. hidup aku jadi mcm patung. semuanya aku buat bukan sebab aku nak. tapi sebab aku fikir aku kene buat. bukan sebab perasaan aku. betapa seksanya aku dengan pemikiran aku kala ni. jangan nak tengok aku ketawa, senyum pun kelat. terasa pelik dengan diri sendiri.

teringat masa aku balik cuti weekend minggu yang lepas. mcm inilah aku. sama jugak. waktu nak balik jb semula, mak siap pesan, "janganla muncung-muncung". aku diam aje. dan tak berani pun nak tengok mata mak. sekadar tengok muka mak sepintas lalu. cepat2 salam, peluk dan balik. sepanjang jalan aku nangis jugak. hahahaha.

aku mmg syg sgt kat mak, abah. gile tak sayang???? tp aku rasa diri aku dah lain sgt. diam seribu bahasa. mcm mana aku boleh jadi tak suka dengan semua ni...entahlah.....

tak boleh jadi ni. aku kene berubah. ada masa lagi ni. cuti sekolah terakhir kan..... =(

sungguh! aku mmg sgt2 tak sedia. tak tau nak cakap.

someone said, "hari-hari fikir bila aku dah.......". aku cuma boleh cakap, jgn fikir la. kita hadapi je. tau tak, dlm hati aku ni rasa lebih lagi. aku yg berdepan. aku yang rasa. aku malah dah rasa berada di tempat kamu itu. dan akan rasa sbg pihak satu lagi pulak.

semua ni memberi kesan dlm tiap2 langkah aku sekarang. malah dah merosakkan hubungan. aku, kamu dan dia. aku protes.

aku rindu seseorang. aku rindu kamu. kita bergelut dengan kesibukan. kita berdepan dengan tanggungjawab masing-masing. kita terpisah dek realiti.

kalau aku boleh hapuskan dakapan terakhir itu...kalau aku boleh lenyapkan genggaman terakhir itu...suatu ketika dulu...

kalau aku kuat sikit lagi. sudahlah. ambil pengajaran.

kamu. jgn tinggalkan aku.

dia. maafkan aku.

Thursday, March 8, 2012

apa yang berubah



apa yang berubah
ialah apabila
tidak memiliki ketetapan
dan tidak abadi

perkara paling sukar
ialah tentang
melawan diri sendiri
dan kuasa hati

apa yang kita ada
ialah
bukan hak milik
dan kepunyaan hakiki

perkara yang kadang-kadang
kita jatuh tak sedar
kita mengikat terlalu kuat

apa yang kita ingin
apabila terlanjur salah
lebih baik begini
daripada terus-terusan
menyusahkan

perkara yang aneh
tetap berlaku jua
bukan utk aku
sekadar utk kamu
kalian

aku sudah lumpuh

jauh hati

ala tak penah sangka nak jadi mcm sekarang
sape pun kat dunia ni takkan tau
apa yg akan jadi pada masa akan datang
hatta sesaat kemudian

ada perkara-perkara yang boleh dijangka
tapi tak mesti jugak berlaku
ada perkara-perkara yang kita sempat fikirkan
sebelum kita bertindak
atau sebelum kita berbicara
tp tak mesti orang akan mengerti

kita memang takkan mampu
untuk puaskan hati semua orang
tp kita boleh berusaha
sejauh mana kita mampu
kotakan apa yang kita cakap
sejuah mana kita mampu
pelihara hati
orang yang sangat memelihara hati kita

siapalah kita
kalau kasih boleh tersisih
rindu boleh terbuang
manusia boleh pergi
janji tinggalkan sahaja
maaf dari hati
pasti ada sebab paling besar
antara semua sebab yang kita nampak

takutnya bila begini
takkan sanggup biar
tp lagi tak sanggup
biar derita
kasihan
bahagia milik semua