Tuesday, February 19, 2013

Semakin hari semakin jauh

Bosan
Menyampah
Jelek

Minda dah tutup
Hati dah katup

Sayang hilang
Rindu hempedu

Kalau kawan boleh pisah
Berkasih boleh reput
Tunang boleh putus
Kahwin
Bukan main pondok-pondok

Friday, February 1, 2013

Traumatik

27 tahun aku
Sebulan berlalu
Tak sangka aku
Sedang hidup haru
Aku
Kaliskan
Tutup rapat
Maafkan
Namun aku
Diganggu
Situasi terngiang-ngiang
Tujuh hari kali empat minggu
Tanpa setitik air mata
Bersama berhenti ketawa
Senyumkan people around
Tiba-tiba
Alam berubah kerana manusia
Aku yang waras
Baru tersedar
Dek traumatik hidupku
Sentuhku salah
Cakapku khilaf
Ku tutup rapat pendengaranku
Pejam mataku
Tunduk wajahku
Sampai aku penat
Sepenatnya diriku
Maafkanlah aku
Lupakanlah
Lupakanlah
Lupakanlah
Cakap yg terlepas
Bebaskanlah
Daripada hidup dalam lebih tajam
Daripada sebilah pedang
Aku ingin sekali minta dipimpin
Seperti waktu lalu
Agar pulih hidupku
Kuharap harap
Tidak terlepas lagi cakap-cakap seperti tadi
Bodoh
Itu untuk diri yang silap
"Lebih baik berhenti ketawa,
Daripada menangis sepanjang malam"
ku teguhkannya
Kerana air mata bukan punya nilai lagi
Tahniah
Terima kasih
Tulus daripada aku
Trauma ini aku hadapi
Ubatnya tiada
Rinduku pergi
Mencari sesuatu yang tertinggal jauh